Salam Pengakap !
Lencana Penyelamat merupakan salah satu lencana pilihan yang diperuntukkan dalam Skema Pengakap Kelana Malaysia. Lencana ini dianugerah kepada ahli kelana sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahao tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa , khdimat bantu mula dan pengurusan risoko serta ikhtar hidup.
Antara satu kelayakan berikut perlu ada untuk mendapatkan lencana ini. Kepada ahli yang berjaya mendapatkan lencana ini perlu sentiasa sedia didalam memberikan perkhidmatan;
1. Outdoor Survivals
2. Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance First Aid)
3. Bronze Cross
4. Pengurusan Risiko (Risk Management Course)
.: PENGENALAN :.
Bagi lencana ini , saya telah memilih elemen Pengurusan Risiko kerana saya adalah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko Persekutuan Pengakap Malaysia dimana saya lebih arif dan sentiasa bergiat dalam jurusan ini.
Pada 2 hingga 4 Julai 2010 , Jawatankuasa Pengurusan Risiko Persekutuan Pengakap Malaysia(JKRPPM) telah menganjurkan satu Seminar Pengurusan Keselamatan peringkat Kebangsaan di Pusat Kokorikulum Sultan Haji Ahmad Syah, Kuantan, Pahang. Yuran sebanyak RM 150.00 dikenankan kepada setiap peserta. Seminar 3 hari 2 malam ini yang merangkumi menginapan peserta (Berkhemah dan campbed diberikan) , makan minum serta aktiviti lasak seperti Wall Climbing , Rock Climbing , Kayaking , Cycling.
Seramai XX orang peserta dari hampir semua negeri hadir menjayakan Seminar ini. Perasmian seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhajaya Pengakap Negeri Pahang - Yang Berhormat Dato' Hj. Alias. Manakala Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Brigadier Jeneral Profesor Dato' Dr Mohd Zin Bidin , Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Pengurusan Risiko).
Matlamat seminar adalah untuk menyediakan platform untuk para Pemimpin Pengakap mempelajari aspek-aspek keselamatan yang perlu diambilkira dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kepengakapan, seterusnya menyumbangkan idea masing-masing untuk membentuk Prosedur Operasi Piawai(SOP) untuk setiap aktiviti tersebut bagi kegunaan rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia.
Penganjuran seminar ini telah berjaya mencapai objektifnya dimana , peserta seminar telah berjaya ;
1. Menyediakan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure / S.O.P) bagi aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan dalam kepengakapan
2. Memastikan infrastruktur, sumber dan sistem yang tersedia mencukupi untuk pengurusan keselamatan dan risiko yang berkesan.
3. Memastikan supaya ahli dan Pemimpin yang bertanggungjawab dapat melaksanakan sistem pengurusan keselamatan secara profesional dan selamat.
.: KRONOLOGI :.
- Hari Pertama ,2 Julai 2010 ,
Pada pagi yang indah sekitar jam 0930 kami memulakan perjalanan kami dengan 2 buah kereta dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Pit-Stop pertama kami di R&R gambang untuk mengisi minyak dan mengisi perut yang kelaparan tanpa sarapan pagi. Keadaan cuaca yang tidak begitu panas menyelesakan perjalanan kami yang hampir memakan masa 4 jam untuk sampai ke Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Syah.
Kami tiba pada jam 1300 dengan jemputan En. Wan Bazlan (ASC Pengurusan Risiko Pahang) , penyelaras seminar yang telah bertungkus lumus membuat persedian seminar ini. Sekalung Penghargaan kepada En.Wan Bazlan. Sebaik sahaja tiba rakan-rakan lelaki membersihkan diri untuk Solat Jumaat di Masjid yang berjarak 1km sahaja dari Pusat Koko.
Sementara menunggu rakan-rakan lelaki saya dan beberapa urusetia wanita memastikan kandungan file untuk peserta cukup dan bersiap untuk membuat pendaftaran peserta. Pada tepat jam 1430 satu mesyuarat yang di pengerusikan oleh En. Hilmi (S/U JKPRPPM) diadakan di bilik seketeriat dikalangan urusetia dan JK Penganjur. Pembahagian tugas diberikan untuk Majlis Perasmian dimana saya ditugaskan untuk memastikan lagu negaraku dan Pengakap Malaysia dimainkan tepat pada masa sementara saudara Arif memperbahruhi persetian , saudara Izhar membaca Doa , Fard jurukamera manakala saudari Rosbiah dan Sharifah sebagai pengacara Majlis. En. Jamal , En. Wan dan En. Rama pula menyambut VIP. Mesyuarat berkahir dalam tempoh 30 minit. Sebaik sahaja habis mesyuarat Ros dan Shah menguruskan pendaftaraan , mankala yang lain ke Astaka (Dewan Perasmian) untuk membuat persedian seperti menyusun atur kerusi , memasang banner , memeriksa PA system dan lain-lain lagi.
Pada jam 1900 makanan dihidangkan malangnya pada hari pertama tidak ada makanan vegetarian dapat dihidangkan. Taklimat kursus dikendalaikan oleh En. Jamal serta wakil Pusat Koko kepada semua peserta di astaka pada jam 2000. Taklimat yang menekankan inipati seminar dan kemudahan yang disediakan di Pusat Koko serta perkara-perkara larangan semasa berseminar.
Ketibaan Yang Berhormat Dato haji Alias , Ketua Pengakap Negeri Pahang dan YBu En.Zaki Nurudin , Ketua Pegawai Eksekutif diirigi oleh beberapa Persuruhjaya Ibupejabat dan JKPRPPM kepentas perasmian tepat jam 2045. Majlis dimulakan dengan nyayian Negaraku , lagu Pengakap Malaysia , Pembahruan Persetiaan , Bacaan Doa , Ucapan Pengerusi Majlis , Ucapan Aluan oleh Pengarah Seminar - En. Rama , Ucapan Perasmian oleh YbHormat Dato' KPPN Pahang dan diakhiri oleh sessi fotografi bersama VIP dan fotografi gambar individu untuk tujuaan pangkalan data JKPRPPM. Majlis berakhir tepat pada jam 2205.
Pada jam 2230 , rakan-rakan kelana Kuantan datang melawat dan membawa saya makan malam di restoran yang tidak jauh 2km dari Pusat koko. Kelaparan saya akhirnya berakhir sambil menonton perlawanan bola Piala Dunia diantara Belanda dan Brazil. Malang bagi brazil pasukan gergasi dunia yang kalah 2-1 kepada pasukan Belanda. Kami pulang ke Pusat Koko pada jam 0200.
- Hari Kedua , 3 Julai 2010 -
Pada jam 0630 melihat matahari terbit dari hujung sudut panel Rock Climbing. Tidak bersabar-sabar untuk aktiviti lasak yang dirancangkan pada hari ini. Sebaik sahaja sarapan vegetarian yang berjaya disediakan Aktiviti 1 bermula. Semua perserta berkumpulkan ditapak perhimpunan dan dibahgikan kepada dua kumplan iaitu kumpulan Rock Climbing dan Abseiling. Setiap kumpulan dibahagikan sama rata kepada 15 orang. Saya , Izhar dan En.Jamal dimasukkan ke kumpulan Rock Climbing.
En.Nor Fadhli (Jurulatih) , telah memulakan sessinya pada jam 0830 dengan menerangkan peralatan-peralatan serta kegunanya dalam Rock Climbing. Beliau juga mengegaskan akan keselamatan dan risiko dalam sukan Rock Climbing ini. Selain itu beliau juga mengerangkan kaedah pemulihan peralatan serta bahagian-bahagian papan panel. Wujudnya komunikasi diantara bilayaer(individu yang menjaga ketegangan tali dibawah) dan climber dimana climber perlu melapor diri sebelum memanjat. Climber perlu melapor nama dan memaklumkan bilayer CLIMB dan bersedia untuk memanjat setelah bilayer kata ON. Antara terma lain yang digunakan ialah FALLING - sekiranya kita tidak larat untuk naik dan kita ingin jatuh , TIGHT - tegangkan tali , SLACK untuk menghulurkan tali. Climber diingatkan untuk merancangan route sebelum memanjat.